Jangan cuba hafal satu buku. Cari kata kunci.
Bila pelajar cuba menghafal seluruh ayat, jumlah maklumat menjadi terlalu banyak. Pelajar perlu tahu bahagian mana yang sebenarnya membawa fakta penting.
Beli buku rujukan, belajar lagi. Buat latihan, belajar lagi. Tapi kenapa fakta Sejarah masih susah nak ingat?
Bagi ramai pelajar, masalah sebenar bukan kerana mereka tidak belajar. Masalahnya mereka tidak pernah betul-betul diajar cara memilih fakta yang penting dan CARA NAK INGAT fakta itu.
Video pengenalan TAHFIS oleh Osman Affan
Perhatikan apa yang berlaku
Mereka mendapat lebih banyak penerangan, lebih banyak nota dan lebih banyak latihan. Tetapi kemahiran untuk mengurus dan mengingat fakta masih tidak diberi fokus yang sepatutnya.
Guru mengajar bab, fakta, peristiwa, sebab, kesan, tokoh dan tarikh.
Pelajar mendapat penerangan tambahan, nota dan latihan supaya lebih faham.
Buku rujukan menambah nota, peta, latihan dan bahan ulang kaji untuk dipelajari.
Inilah jurang yang TAHFIS mahu selesaikan
Pelajar perlu tahu bagaimana hendak belajar daripada buku teks, apa yang perlu dipilih, dan bagaimana memori bekerja apabila kita mahu mengingat sesuatu.
Kalau pelajar tidak tahu apa yang penting, semuanya nampak penting. Kalau semuanya nampak penting, buku teks terasa terlalu tebal.
Kalau mereka cuba menghafal ayat demi ayat, fakta terasa terlalu banyak. Dan kalau mereka tidak tahu cara membina kaitan yang kuat dalam memori, apa yang dibaca mudah hilang.
Sebab itu penyelesaian TAHFIS bermula sebelum proses menghafal: cara menggunakan buku teks, mencari kata kunci, menghasilkan nota yang berfungsi, kemudian menggunakan teknik memori untuk membantu fakta melekat dan boleh dipanggil semula.
TAHFIS_CONFIG.bookHero
Memperkenalkan
TAHFIS bukan buku yang menambah lebih banyak fakta Sejarah untuk anak hafal.
Ia ialah buku yang mengajar anak BAGAIMANA hendak berhadapan dengan fakta Sejarah.
Buku fizikal penuh warna ini dibina untuk pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, khususnya mereka yang selalu berkata, “Saya faham bila baca… tapi lepas tu saya lupa.”
Bagaimana TAHFIS membantu?
Matlamatnya bukan supaya anak belajar lebih lama. Matlamatnya supaya mereka tahu apa yang patut dilakukan setiap kali membuka buku teks Sejarah.
Cara berfikir yang TAHFIS ajar
Belajar membaca dan melihat struktur maklumat dengan tujuan yang jelas.
Kenal pasti bahagian yang membawa fakta dan makna utama.
Susun fakta supaya ringkas, jelas dan sesuai untuk proses recall.
Tukarkan fakta kepada bentuk yang lebih mudah dikait, dibayang dan diingat.
Tonton sendiri konsep yang saya ajar
Dua video pendek ini menunjukkan sebahagian daripada cara saya mengajar pelajar tentang kata kunci dan masalah mengingat fakta Sejarah.
Bila pelajar cuba menghafal seluruh ayat, jumlah maklumat menjadi terlalu banyak. Pelajar perlu tahu bahagian mana yang sebenarnya membawa fakta penting.
Inilah jurang utama yang TAHFIS cuba tutup: bukan menambah satu lagi sumber fakta, tetapi mengajar kemahiran mengingat fakta.
Apa yang anda akan terima
Setiap pembelian TAHFIS datang bersama akses kepada dua rakaman latihan SmartStudy® supaya konsep dalam buku boleh dipelajari dengan lebih jelas.
Buku fizikal 120 muka surat, penuh warna, yang menerangkan proses menggunakan buku teks, memilih kata kunci, menulis nota dan mengingat fakta.
Rakaman latihan kira-kira 2 jam yang membantu pelajar memahami cara mengenal pasti kata kunci dan menghasilkan nota yang lebih berfungsi.
Rakaman latihan kira-kira 2 jam yang memperkenalkan cara menggunakan teknik memori untuk mengingat fakta dengan lebih berkesan.
Anak boleh membaca buku dan kemudian melihat sendiri penerangan teknik dalam dua program latihan SmartStudy®.
Lihat buku TAHFIS
Ini bukan buku motivasi. Ini ialah buku Teknik Belajar Berkesan SmartStudy®
Pengalaman SmartStudy®
Osman Affan telah dijemput mengendalikan program kemahiran belajar dan memori kepada pelajar di pelbagai sekolah dan institusi di seluruh Malaysia.
Fokus program bukan sekadar mengajar satu bab Sejarah. Fokusnya ialah kemahiran memilih maklumat, menulis nota, mengingat fakta dan mengeluarkan semula fakta apabila diperlukan.
Antara sekolah dan institusi yang pernah menerima program kemahiran belajar SmartStudy® bersama Osman Affan.
Maklum balas pembelajaran SmartStudy®
Berikut ialah antara maklum balas yang pernah diterima daripada ibu bapa dan pelajar yang mengikuti pembelajaran SmartStudy®. Testimoni ini adalah untuk program SmartStudy®, bukan testimoni khusus buku TAHFIS.






Pengasas SmartStudy® Learning Skills dan Malaysian Certified Memory Trainer yang dijemput mengendalikan program untuk pelajar sekolah di seluruh Malaysia.
TAHFIS dibina daripada satu pemerhatian yang berulang: pelajar sering diberitahu “yang ini kena hafal”, tetapi mereka tidak semestinya diajar bagaimana hendak menghafalnya.
Dapatkan TAHFIS
Sesuai untuk ibu bapa yang mahu anak Tingkatan 1–5 bukan sekadar mempunyai lebih banyak bahan Sejarah, tetapi mempunyai kemahiran untuk menggunakannya.
Harga pra-jualan RM49 sehingga 4 Oktober 2026.
Bermula 5 Oktober 2026, harga kembali kepada RM89. Tempah sekarang untuk dapatkan harga pra-jualan.
Soalan biasa
TAHFIS direka terutamanya untuk pelajar berumur sekitar 13–17 tahun, iaitu Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Tidak. TAHFIS ialah buku kemahiran belajar dan mengingat fakta. Ia mengajar pelajar bagaimana menggunakan buku teks, mengenal pasti kata kunci, menghasilkan nota dan menggunakan teknik memori. Kemahiran ini boleh digunakan pada bab-bab Sejarah yang mereka pelajari.
Ya, khususnya jika masalah anak ialah mereka membaca tetapi sukar mengenal pasti perkara penting, nota terlalu panjang, atau fakta cepat lupa. Buku ini memberi satu proses yang lebih jelas untuk mereka ikuti.
Pembeli akan mendapat akses kepada dua rakaman latihan SmartStudy®: NoteMaster Pro dan Memory Master Pro, kira-kira 2 jam setiap satu.
Tidak. TAHFIS sesuai digunakan sepanjang Tingkatan 1–5 kerana fokusnya ialah kemahiran belajar dan mengingat fakta, bukan hanya satu kertas peperiksaan atau satu bab tertentu.
TAHFIS membantu pelajar faham apa yang perlu dicari daripada buku teks, bagaimana hendak menyusun fakta dan bagaimana menggunakan teknik memori untuk mengingatnya.